falling objects.

bground

Saturday, February 19, 2011

KENAPA SAYA MAHU KURUS??

  • jom review kenapa saya tidak suka jadi gemuk.. dari situ kita akan tahu kenapa saya mahu kurus..
  1. Rendah diri.. bila gemuk, keyakinan diri mula merosot.. yelah, tgk org keliling semuanya kurus dan cantik.. takkan kita tak mahu jadi cantik kan? saya tak kata gemuk tidak cantik, tapi kurus lagi cantik kut..
  2. Kekasih lari.. sedih kan? tp inilah kenyataan nya.. saya tak perasan pun kekasih saya perasan saya gemuk.. cuma di akhir2 hubungan kami, dia sering mengatakan bahawa saya gemuk.. dia selalu juga menasihati saya supaya berdiet.. bayangkan saya bersama dia 6 tahun okay!! kemudian kerana fizikal saya yang semakin gemuk, dia dah tak mahu saya lagi.. kata-kata dia yang saya masih ingat ialah "lelaki mana yang nak awek gemuk, semua nak awek slim, cantik".
  3. Rasa Tidak Sihat... saya perasan sejak saya gemuk, saya mudah sakit.. dah la tu, angin satu badan.. euww, macam orang tua.. pastu saya nak blari pun rasa tak larat.. bila buat keje sikit, rasa letih..lembik betul badan.. paling tak suka sebab dah jadi malas..
  4. Penampilan Diri.. perempuan.... tak sah kalau tak titikberatkan soal penampilan.. eh, perempuan je ke? laki pun ya juga la.. sejak jadi gemuk, pilihan baju saya mula berkurang, kasut pun kena saiz besar2.. soalan nye, kasut tak pe lah.. maybe rangka saya memang besar.. tapi baju?? seluar?? semua tak kena tau.. betul.. nk pakai seluar ni, nampak punggung besar.. nak pakai baju ni, nampak perut buncit.. so, pilihan dh sikit.. sedih sal tak leh pakai cantik2 macam orang lain..

No comments:

Post a Comment