falling objects.

bground

Sunday, February 20, 2011

Tahukah Anda??

Fakta-fakta menarik berkenaan dengan berat badan

90% cubaan untuk menguruskan badan gagal.
Sebab utamanya adalah kerana memilih cara yang salah!!

Statistik Malaysia
•48% lelaki obes, 62% perempuan obes!
•10,000+ kematian tahunan akibat serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang.
•6,000 kematian tahunan akibat penyakit jantung.
•3 juta dengan kolestrol tinggi.
•40,000 kes kanser baru setiap tahun
•2.1 juta yang menghadapi kencing manis.

43.1% daripada warga Malaysia dewasa
mempunyai berat berlebihan.

400 juta Orang dewasa di seluruh dunia adalah obes dan 1.6 billion mempunyai berat badan berlebihan.

17 juta kes kardiovaskular di dunia berkaitan dengan obesiti.


Fakta-fakta untuk pengetahuan anda.

Fakta 1
Dewasa ini, hampir mustahil untuk kita makan makanan yang punyai zat-zat yang lengkap untuk keperluan asas badan sambil mengawal pengambilan kalori.Ini kerana nutrisi dalam makanan telah berubah seiring dengan teknologi pertanian dan penternakan sekarang. Pengawetan, pemprosesan dan radiasi makanan, buah masak secara saintifik, pengunaan baja dan racun serangga secara berlebihan, perubahan genetik, jarak pengangkutan yang jauh, masa penyimpanan yang terlalu lama dan pencemaran udara, tanah dan laut


Epedemik Sedunia
Statistik Pasukan Bertindak Obesiti Antarabangsa
Insiden berat badan berlebihan dan obesiti tersebar luas dengan perangkaan 31.6% dan 16.3% masing-masing di Malaysia. Lebih kurang 30.9% lelaki dan 32.4% perempuan mempunyai berat badan berlebihan sementara 13.9% lelaki dan 18.8% perempuan adalah obes.
Dijangkakan lebih kurang 3.8 juta dan 2 juta orang dewasa berumur 25-64 tahun didapati sama ada masing-masing mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Lebih kurang 1 dalam 2 orang dewasa berumur 25 hingga 64 tahun sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Lebih kurang setiap orang keempat di muka bumi ini terlalu gemuk. Obesiti dengan pantasnya menjadi salah satu sebab utama kematian di dunia.
Unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa secara global pada 2005, lebih kurang 1.6 billion orang dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan dan lebih kurang 400 juta orang dewasa adalah obes. WHO mengunjurkan bahawa menjelang 2015, lebih kurang 2.3 billion orang dewasa akan mempunyai berat badan yang berlebihan dan 700 juta akan menjadi obes.
Kematian akibat daripada Diabetes akan meningkat lebih 50% di seluruh dunia dalam 10 tahun akan datang -WHO


Maksimumkan Kesihatan Anda dengan Nutrisi Selular

Melalui nutrisi selular Herbalife, nutrien yang menyihatkan membantu memberi khasiat kepada sel anda dengan gabungan ekslusif nutrien berasaskan tumbuhan yang menyediakan vitamin, antioksidan dan mineral untuk menyokong fungsi sel.

Dengan cara ini nutrisi ini akan menghantar nutrien yang menyihatkan kepada sel di keseluruhan badan, sebagai sebahagian daripada diet yang menyihatkan. Sel-sel adalah unit asas dalam badan manusia, menyediakan tenaga untuk segala tugas yang anda lakukan - daripada berfikir sehinggalah kepada membesar.

Nutrisi Selular ini juga dirumuskan untuk menyokong vilus yang sihat, struktur halus bagaikan jari sepanjang dinding usus yang bertindak sebagai "pengawal" membantu badan anda meresap lebih banyak nutrien, vitamin dan mineral sambil memelihara badan daripada toksin. Lebih sihat vilus anda, lebih efisyen sel anda boleh menyerap khasiat dan badan akan bertambah sihat.

Produk kami memaksimumkan nutrisi melalui formula saintifik unik.
Gabungan ramuan berkualiti tinggi dan kaedah yang digunakan mengekalkan khasiat nutriennya.

Ramai di kalangan kita kurang menitik beratkan makanan seimbang dalam kehidupan harian. akibatnya badan kurang mendapat nutrien yang sepatutnya danlebih buruk lagi di timbuni dengan toksin yang terkumpul dan tidak dibuang dari badan...akibatnya timbul pelbagai jenis penyakit dan kesan awet tua, lebih buruk lagi akibat makanan yang tidak seimbang ini badan menjadi semakin gemuk

No comments:

Post a Comment